Kandungan March 8, The Day Malaysia Woke Up

Buku tersebut mengandungi sembilan wawancara eksklusif dengan tokoh utama yang mewakili berbagai-bagai kedudukan dalam masyarakat:

  1. Ani Arope - bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad
  2. Chong Cheng Hai - Pemangku Ketua Penyunting untuk The Sun
  3. Husam Musa - Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
  4. Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
  5. Dr. Lim Teck Ghee - Ketua Pegawai Eksekutif dan pengarah untuk Centre for Policy Initiatives Bhd
  6. Raja Petra Kamarudin dari Malaysia Today
  7. Dr. S. Subramaniam dari Kongres India Malaysia (MIC)
  8. Steven Gan dari Malaysiakini dan
  9. Zaid Ibrahim - Senator dalam Dewan Negara dan bekas Menteri Undang-undang de facto.

Selain daripada wawancara, buku setebal 324 halaman dan berharga RM39.90 juga mengandungi 34 rencana tambahan yang membayangkan fikiran dan cita-cita pelbagai penulis daripada semua bangsa dan lapisan masyarakat tentang tema-tema yang berkenaan dengan bentuk politik yang menyusuli peristiwa 8 Mac. Sesetengah tajuk rencananya adalah seperti yang berikut:

  • One Hundred-Odd Days After March 8, disusun oleh kedua-dua anak Kee, iaitu Soraya Sunitra Kee Xiang Yin dan Jebat Arjuna Kee Jia Liang
  • The Racial Bias of Utusan Malaysia, sebuah laporan oleh Yip Wai Fong dari Centre of Independent Journalism (Pusat Kewartawanan Bebas)
  • For the Sake of the Common People, oleh Kua Kia Soong
  • Do We Really Need the NEP? oleh Yazmin Azman
  • The End of Fear, oleh Kam Raslan
  • A Blow to Bad Governance, oleh Ooi Kee Beng
  • A Tale of Two Malaysias, oleh Wong Chin Huat dan Oon Yeoh
  • Penang Back to the Future, oleh Anil Netto
  • We Need to Correct, Correct, Correct the Judiciary, oleh Azmi Sharom